|
:: BULETIN PRIMA ::
|
MEI 2008
Saturday 03 May 2008 01:07:47 AM
|
PERKHEMAHAN PERDANA 2008
|
|
|
|
|
Sebahagian daripada pasukan unit beruniform yang menyertai pertandingan Perkhemahan Perdana 2008.
|
25 Mei (Ahad) - Syabas dan tahniah kepada tujuh pasukan unit beruniform yang berdaftar di SMK Khir Johari, Tg.Malim kerana telah berjaya me-nyempurnakan Per-khemahan Perdana Unit Beruniform 2008 dengan jayanya.
Perkhemahan tersebut bermula pada petang Jumaat dan berakhir pada tengah hari ini. Seramai 208 orang peserta termasuk helpers terlibat dalam menjayakan program ini. Pasukan-pasukan tersebut ialah;1. Kadet Remaja Sekolah 2. Bulan
|
|
|
|
Johan: Syafiq (kiri) mewakili pasukan KRS menerima hadiah daripada Tuan Pengetua.
|
|
|
|
Pn.Hjh.Norizan (PK Kokurikulum / Penyelaras Program) menyampaikan cenderamata kepada Tuan Pengetua.
|
Sabit Merah 3. Pengakap 4.Kadet Bomba 5. Kadet Polis 6. Pergerakan Puteri Islam dan 7. Pandu Puteri.
Ada lima acara yang dipertandingkan iaitu; 1. Kawad Kaki 2. Pertolongan Cemas 3. Ikatan 4. Memasak 5. Persembahan Kebuda-yaan. Kadet Remaja Sekolah telah muncul juara keseluruhan. Tahniah dan syabas sekali lagi. Admin
|
|
SEMOGA CEPAT SEMBUH YEOP...
|
|
23 Mei (Jumaat) - DIKEMASKINI Alhamdulillah Yeop Manan telah discharged dari Hospital Slim River semalam. Kini beliau sedang bercuti. Admin
|
|
|
| Yeop Manan... Semakin pulih |
21 Mei (Rabu) - Bagi warga K'Joe, yang agak lama berkhidmat di sini, tentunya sangat mengenali En.Abdul Manan bin Kanthan atau lebih dikenali sebagai Yeop Manan. Beliau kini sedang menjalani rawatan Hospital Daerah Slim River lantaran mengalami sesak nafas pada malam 18 Mei yang lalu.
Sewaktu kunjungan guru-guru pada petang ini di wad 5, beliau kelihatan telah beransur pulih. Menurutnya, beliau mengalami sesak nafas pada malam ahad dan terus ke Klinik Kemasyarakatan Tg.Malim dan selepas itu dihantar terus ke Unit ICU, Hospital Slim River. Walau bagaimanaoun keadaan beliau beransur stabil dan dipindahkan ke wad pesakit luar sejak semalam.
Harapan warga K'Joe, semoga Yeop Manan segera sembuh. Catatan: Yeop Manan merupakan Staf Sokongan yang paling lama berkhidmat di K'Joe iaitu sejak tahun 1969. Sejak SMK Khir Johari, Tg.Malim diasaskan. Admin
|
|
LATIHAN PUSAT KE PERINGKAT KEBANGSAAN...
|
|
|
Kedua-dua pasukan bergambar semasa majlis penutupan latihan pusat bersama para pegawai cabang- Foto ehsan Blog BSMMCTMSR
|
|
19 Mei (Isnin) - Ketika sebahagian warga K'Joe bersantai di hujung minggu sambil menikmati cuti Hari Wesak, pasukan kawad kaki BSMM PK(Y)78 bersama pasukan BSMM PK(Y)146 SMK Agama Slim River giat menjalani latihan pusat di padang sekolah bagi menghadapi Pertandingan Kawad Kaki Agensi Bukan Kerajaan (NGO) Peringkat Kebangsaan. Kedua-dua pasukan mendapat bimbingan jurulatih BSMM Cabang iaitu Mej.Mohd Fais Jamil, Mej.Mohd Hayadi Abd.Ghani serta team VAD 55.
Latihan pusat bermula petang Jumaat berakhir dengan jayanya pada tengah hari ini. Dalam majlis penutup, Pengerusi BSMM Cabang Tanjong Malim/ Slim River, Toh Tan Dewa Sakti Dr.Hj.Ghazali bin Abdul Wahab sempat menyampaikan kata-kata perangsang kepada kedua-dua pasukan agar dapat mengharumkan nama negeri Perak dan nama sekolah dalam pertandingan tersebut.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar pasukan BSMM SMK Khir Johari, Tg.Malim khususnya beroleh kejayaan yang lebih baik berbanding tiga penyertaan sebelum ini. Amin. Admin
|
|
|
GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG...
|
|
|
|
Perarakan Hari Guru: Tuan Pengetua bersama NYDP PIBG mengetuai perarakan... diiringi paluan kompang dan pembawa bunga manggar.
|
|
|
|
Acara memotong kek Hari Guru oleh Tuan Pengetua sambil disaksikan (dari kiri)K.Bidang Vokasional & Teknik PK HEM, PK Pentadbiran dan Pengerusi K3P.
|
16 Mei (Jumaat) - Hari Guru tahun 2008 disambut secara se-derhana tetapi me-riah di SMK Khir Johari, Tg.Malim.
Oleh kera-na pada tahun ini Hari Guru jatuh pada hari Jumaat, hanya beberapa aktiviti sahaja dapat dijalankan. Acara dimulakan di dataran perhimpunan dengan ucapan Pengerusi MPP, Sdr.Shukri bin Mohd Ali, Pengerusi K3P, En.Abd Malek Selamat, NYDP PIBG, Mej.(B) Abdul Aziz bin Othman dan Tuan Pengetua, Pn.Hjh.Noraini bt. Hj.Yeub Sidi. Selain daripada itu dua perutusan iaitu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dibaca oleh PK HEM, En.Sofuan bin Mahyuddin dan Menteri Pelajaran Malaysia oleh PK Pentadbiran, Pn.Hjh.Rohani bt.Abdul Hamid.
Sejurus selepas ucapan-ucapan dan pembacaan perutusan selesai, majlis diserikan lagi dengan empat persembahan pelajar iaitu, deklamasi sajak "Guru Oh Guru", nyanyian puisi, choral speaking dan nyayian solo. Dua orang guru turut mempersembahkan bakat mereka iaitu; Pn.Nor Saedah bt. Che Ree, gurindam dan Pn.Jamaidah bt. Samah dengan pantun sindi-sindiran.
Acara lain yang melibatkan guru ialah Boling botol minuman, memukul bola hoki, menimang sepak raga, melontar belon berair, anyam ketupat, congkak dan batu seremban. Majlis Sanbutan Hari Guru diakhiri dengan jamuan. Tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan kepada MPP, PKT dan Badan Pengawas Sekolah. Admin [1][2][3][4]
|
|
SELAMAT DATANG...
|
|
|
| Sebahagian daripada para pelajar 6 Rendah yang mendaftarkan diri... |
12 Mei (Isnin) - Selamat datang kepada para pelajar 6 Rendah yang mulai mendaftarkan diri pada hari ini.
Semoga anda semua akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di K'Joe ini. Apa yang paling penting ialah semangat ingin menimba ilmu dan seterusnya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan STPM 2009.
Pamerkan sikap sebagai seorang pemimpin yang boleh diteladani oleh para pelajar yang lebih junior.
Walau apapun, tahniah dan syabas kerana terpilih ke Tingkatan Enam Rendah! Admin
|
|
SELAMAT MAJU JAYA BSMM ...
|
|
|
| Fatin (Ketua Platun) menerima Piala Pusingan daripada Tuan Pengetua. |
|
|
| Sebahagian daripada platun BSMM K'Joe yang menjuarai Pertandingan Kawad Kaki NGO Peringkat Negeri Perak. |
12 Mei (Isnin) - Majlis penyampaian medal dan Piala Pusingan Johan Kawad Kaki NGO Perempuan Peringkat Negeri Perak diadakan secara ringkas di tapak perhimpunan pada pagi ini.
Walau bagaimanapun majlis ini hanya melibat-kan para pelajar sesi pagi sahaja. Selepas ini mereka akan bersiap sedia untuk menghadapi pertandingan di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 23-25 Mei 2008 di Wilayah Persekutuan Putera Jaya. Selamat maju jaya. Admin [1]
|
|
BSMM JUARA LAGI...
|
|
|
Jagoan Negeri: Pasukan BSMM SMK Khir Johari (Johan Kategori Perempuan) dan BSMM SMK Agama Slim River (Johan Kategori Lelaki) bersama guru-guru dan jurulatih- Foto ehsan Blog BSMMCTMSR
|
|
8 Mei (Khamis) - Sekalung tahniah kepada kontinjen BSMM Cabang Tanjong Malim/ Slim River kerana telah mengungguli kedua-dua kategori dalam Pertandingan Kawad Kaki NGO Peringkat Negeri Perak yang diadakan di daerah Manjong.
Platun BSMM SMK Khir Johari, Tg.Malim telah menjuarai kategori perempuan manakala BSMM SMK Agama Slim River menjuarai kategori lelaki. Kedua-dua pasukan akan mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Wilayah Persekutuan Putra Jaya.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua puteri-puteri BSMM SMK Khir Johari, ini merupakan kejuaran empat tahun berturut-turut di peringkat negeri. Semoga tahun ini akan lebih berjaya dalam peringkat kebangsaan. Terima kasih kepada para jurulatih dari Cabang Tangjong Malim/ Slim River; Mejer (BSMM) Mohd Fais bin Jamil dan Mejer (BSMM) Mohd Hayadi bin Abdul Ghani serta yang lain atas sumbangan tenaga kalian. Admin
|
|
|
CLIMATE COOL...
|
|
|
| Pn.Yeam Koon Peng sedang membantu pelajar melayari laman "Climate Cool"... |
|
|
| Dr.Maria Salih ,penyelia program dan juga merupakan pensyarah dari UPSI ... |
5 Mei (Isnin) - Seramai 23 orang pelajar tingkatan dua SMK Khir Johari, Tg.Malim berasa sangat bertuah kerana terpilih dalam program rintis Climate Cool anjuran British Council.
Program sehari ini di bawah penyeliaan Dr.Maria Salih, dan untuk program yang diadakan di sekolah ini diketuai oleh Pn. Nor Ashikin serta dua orang lagi pensyarah dari UPSI.
Program rintis yang melibatkan tujuh buah sekolah di negeri Perak sahaja ini, bermatlamat ingin mendedahkan kepada para pelajar tentang komunikasi langsung sacara maya dengan sekolah-sekolah yang terlibat dengan program ini di luar negara. Selain daripada itu para pelajar boleh terlibat dalam pertandingan pembinaan porfolio dan pembinaan laman web. Selamat maju jaya. Tahniah dan terima kasih. Admin
|
|
PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING DAN AMALI SAINS...
|
|
|
| Nurdiyana bt. Zubir menerima hadiah daripada Tuan Pengtua... |
5 Mei (Isnin) - Tahniah kepada pasukan Choral Speaking yang dianggotai seramai 34 orang pelajar tingkatan 3 dan 4 kerana berjaya meraih gelaran johan dalam Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Batang Padang. Pertandingan tersebut diadakan di SMK Buyong Adil, Tapah pada 3 Mei yang lalu.
Apa yang lebih manis lagi ialah, Nurdiyana bt.Zubir telah dianugerahi Conductor terbaik dalam pertandingan tersebut. Pasukan Choral speaking sekolah telah mengalah sepuluh pasukan lain.
Tahniah sekali lagi kepada para pelajar yang terlibat dan guru pembimbingnya iaitu Pn.Nor Laila binti Abdul Rahim. Semoga kejayaan ini akan membakar semangat kepada para pelajar yang lain. Admin
|
|
|
| Thurgaashini a/p Sivanesan |
Tahniah juga kepada dua orang pelajar tingkatan 2 RK kerana telah meraih naib johan dalam Pertandingan Amali Sains yang diadakan di SMK Dato Zulkifli Muhammad, Slim River pada 3 Mei yang lalu.
Dua orang pelajar tersebut ialah Izzah Hanis bt. Zaini dan Thurgashini a/p Sivanesan. Majlis penyampaian semula sijil disempurnakan oleh Tuan Pengetua. Tahniah dan syabas diucapkan.
|
|
PENGETUA ITU UMPAMA RAJA...
GURU ITU LAKSANA MENTERINYA...
|
|
|
| En.Shashim Shah (Berbaju Melayu kuning) sedang memberikan taklimat... |
2 Mei (Jumaat) - "Pengetua itu umpama raja dan guru-guru itu laksana menteri-menterinya. Jika raja baik dengan menterinya seumpama kebun dipagar duri, jika sesiapa mencerobohnya, jika terlepas sekalipun ia, nescaya tercalar durilah mereka. Namun, jika raja tidak tidak baik dengan menterinya, laksana bahtera di lautan patah kemudinya...".
Begitulah antara kata pujangga, kalam bestari yang sempat kami dinukilkan dalam ruangan ini sewaktu ucapan En.Shashim Shah bin Harun, Pegawai Khas Timbalan Pelajaran Malaysia.
Beliau memasuki perkarangan SMK Khir Johari, Tg.Malim sekitar pukul 8.30 pagi dan terus melawat kawasan sekolah. Lebih kurang pukul 9.15 pagi, beliau mengadakan pertemuan khas dengan pihak pentadbiran, kaunseling, Badan Disiplin, Unit PJK dan Unit Peperiksaan dalam sesi taklimat dan dialog. Banyak perkara yang berkaitan disiplin dan peraturan yang melibatkan guru disentuh oleh beliau.
Sesungguhnya dalam tempoh tiga jam tersebut, terlalu banyak maklumat yang beliau sampaikan bagi memastikan pengurusan sekolah khasnya berkaitan dengan sumber manusia (guru dan pelajar) berada pada tahap yang terbaik. Seluruh warga K'Joe ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian En.Shashim Shah menjengah kami di sini. Insya Allah segala teguran dan nasihat yang diberikan akan dijadikan panduan. Admin
|
|
Hak Cipta Terpelihara © 2008 SMK Khir Johari, Tg.Malim
|
|
|
`
|
|
SMK KHIR JOHARI,
JALAN BEROP,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Kod Sekolah: AEA0034
Tel : 05-4596334
Fax : 05-4582454
Email:
CERTIFIED TO MS ISO 9001:2000, CERT NO : AR 4501
Hak Cipta Terpelihara © 2006-2007 SMK Khir Johari, Tg.Malim
Untuk paparan terbaik, sila gunakan I.E. 6.0 ke atas dan resolusi skrin 1024 x 768
Dijana Oleh:
|
PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
Terima kasih.
|
|
|
+
|
|
|
|
|
|
:: KALENDAR ::
|
| Monday, 08 September 2008
|
September 2008
|
|
| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
| | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | | 28 | 29 | 30 | | | | | | | | | | | | |
|
|
`
|
|
MESEJ
TUAN PENGETUA
|
PAPAN
BULETIN GURU
|
|
|
MSSPK BTG PADANG
|

|
|
+
|
|
PAPAN BULETIN
PELAJAR
|
|
|

|
|
|
|

|
|
|
|
|
KEMASKINI 05/05/2008
5 AHLI TERKINI...
AHMAD BAHARIN BIN AZNAM
EN.MAT ISA B. HJ.YAHYA
NORZILA BT. AHMAD
|
|
|
:: INFO UMUM ::
|
|
|
|
|
|
GOV.MY
|
|
PLKN
|
|
|
|
|
|
MOSTI
|
JPA
|
MOF
|
|
|
|

|
|
PENCEN
|
KWSP
|
LHDN
|
 |
 | | |